Djohar merasakan FIFA tidak adil dalam membuat keputusan setelah negara berkenaan disiasat akibat timbul keraguan mengenai kekalahan besar Indonesia kepada Bahrain sebelum ini.
Ketua umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) Djohar Arifin Husein mengatakan, dalam waktu terdekat ini akan mengajukan protes terhadap FIFA mengenai status Safee Sali yang masih diturunkan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Filipina.
Menurut Djohar, Safee Sali bermain bersama kelab Pelita Jaya yang masih kekal beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) yang sebelum ini diharamkan oleh PSSI atas arahan FIFA.
“Kami hairan kenapa ada perbezaan antara kami dan Malaysia. Saya sudah minta setiausaha kami (Tri Goestoro) untuk melaporkan hal ini kepada FIFA. Mungkin FIFA tidak ingat satu per satu nama pemain yang beraksi di ISL. Kami akan sampaikan ini kepada FIFA,” jelas Djohar.
Selain itu, Djohar juga menegaskan, PSSI tidak pernah melarang pemain ISL beraksi bersama pasukan nasional negara sendiri. Djohar menyatakan, larangan tersebut dikeluarkan oleh FIFA melalui surat yang dikirim kepada PSSI pada akhir tahun lalu.
“Kami tidak pernah melarang pemain beraksi bersama pasukan nasional. FIFA lah yang melarang melalui surat mereka pada 21 Desember lalu,” kata Djohar.
Sebelum ini, setiausaha konfederasi sepakbola Asia (AFC) Alex Soosay menyatakan, Safee masih boleh bermain untuk Malaysia, selewat-lewatnya 22 March 2012. Tarikh tersebut juga merupakan tarikh akhir untuk PSSI menyelesaikan masalah dalaman mereka seperti yang diminta AFC dan FIFA sebelum ini.




0 comments:
Post a Comment