Skuad Harimau Muda yang beraksi di liga Singapura
Harimau Muda mengutip tiga mata penuh lagi pada perlawanan Liga Singapura menentang Tanjong Pagar FC dengan keputusan 3-0.
Perlawanan pertama Harimau Muda di kandang mereka Stadium Yishun bermula dengan baik buat mereka apabila mereka berjaya mengawal hampir keseluruhan masa pertama perlawanan.
Pada 10 minit pertama, Wan Zack mempamerkan aksi menarik dan memberi tekanan kepada pertahanan Tanjong Pagar FC.
20 minit pertama perlawanan kelihatan permainan banyak dikuasai di bahagian gol Tanjong Pagar FC dengan beberapa sepakan percuma diterima Harimau Muda.
Dua kad kuning dilayangkan pada separuh pertama iaitu kepada pemain Tanjong Pagar, Syed Karim yang mengasari Azizan Nordin pada mini ke-9 dan juga Gary Robbat, pemain Harimau Muda pada minit ke-24.
Harimau Muda berjaya mendahului perlawanan melalui jaringan Syahrul Azwari pada minit ke-15 perlawanan. Dua minit selepas itu, percubaan Izham Tarmizi telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Tanjong Pagar FC.
Pada minit ke-40 Wan Zack sekali lagi merembat bola ke gawang gol tetapi tidak berjaya apabila rembatannya tersasar ke atas gawang gol.
Seminit sebelum separuh masa pertama tamat, Gary Robbat menjaringkan gol kedua Harimau Muda melalui hantaran Fandi Othman dan memberikan keputusan 2-0 kepada Harimau Muda pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee melakukan beberapa perubahan pada pasukan.
Pada minit ke-52 Gary Robbat telah mengalami kecederaan dan telah digantikan oleh pemain tengah, Nazmi Faiz. Dua minit kemudian Wan Zack Haikal dikeluarkan dan diganti oleh Thamil Arasu.
Thamil lekas memberikan impak kepada perlawanan selepas melakukan beberapa asakan berbahaya kepada pasukan Tanjong Pagar.
Perlawan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama rata dimana pada minit ke-60 pemain Tanjong Pagar Jang Injun merembat tepat tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Harimau Muda.
Sejurus selepas itu Tanjong Pagar mendapat satu lagi percubaan hebat selepas Lee Joo Sang merembat bola tetapi tersasar melepasi gawang gol.
Penggantian terakhir pasukan Harimau Muda pada minit ke-87 apabila Ferris Danial menggantikan Syahrul Azwari
Pada masa kecederaan Harimau Muda telah diberikan sepakan penalti dan telah dijaringkan oleh Thamil Arasu.




2 comments:
Coach Ong Kim Swee pakar taktikal Malaysia....
btol2...
Post a Comment