Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

----------------ASSALAMUALAIKUM SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA-----------------

Sunday, May 13, 2012

Gary Stevens selamatkan Harimau Muda A


Menguasai perlawanan melalui pelbagai gerakan yang menarik namun penyudah yang tumpul hampir memberi padah kepada skuad Harimau Muda A. Perlis membuka jaringan pada minit ke-74 melalui Mohd Faiz Subri yang merembat deras menewaskan Mohd Zamir Selamat di sebelah kiri gawang Harimau Muda. Asakan bertali arus akhirnya menemui penyudah apabila Gary Stevan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-90.
Gol Penyamaan oleh Gary Stevan
Harimaumuda.com memilih Gary Stevan sebagai 'Man of The Match'
Ucapan tahniah dari Thamil Arasu (9) rakan seperjuangan- dulu, kini dan selamanya
Pada perlawanan semalam pemain-pemain Harimau Muda menerima layanan yang cukup keras. Pelbagai aksi kekasaran dapat dilihat pada setiap minit permainan. Hasilnya pemain Perlis berjaya membawa pulang 2 kad merah dan 4 kad kuning.Walaupun kemenangan akan memisahkan Harimau Muda A dengan Kelantan hanya 1 mata, namun Ketua Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee lebih menumpukan misi kelayakan Olimpik menentang Pakistan nanti. Beliau mahu pemain seboleh mungkin mengelakkan pertembungan yang berisiko kepada kecederaan. Beberapa pemain utama juga direhatkan seperti Irfan Fazail, begitu juga dengan Wan Zack Haikal yang dikeluarkan lebih awal.
Harimau Muda B pula meneruskan kempen Liga Perdana dengan kemenangan apabila menewaskan KL Pos 2-1, walaupun memulakan perlawanan dengan cukup hambar pada separuh masa pertama. Mereka bangkit apabila terdesak setelah ketinggalan 0-1. Sikap tiada 'urgency' yang pernah menjadi barah kepada Harimau Muda A suatu ketika dahulu. Namun skuad kendalian Ismail Ibrahim ini mampu pula bangkit menguasai permainan pada separuh masa kedua hingga berjaya menjaringkan gol melalui D.Saarvindran pada minit ke-83 dan gol kemenangan oleh Farizzuan Azhar pada minit ke-88.
D.Saarvindran - watak penggempur utama Harimau Muda B

0 comments:

Post a Comment