Ghaddar cuba menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Kedah semalam
KELANTAN dan Sime Darby FC melangkah ke final Piala FA 2012.
Sime Darby mara dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Selayang.
Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.
Kelantan pula melangkah bergaya selepas mencatat keputusan 2-2 dengan Kedah pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi sekali gus mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Pada aksi pertama minggu lalu, kedua-dua pasukan turut mencatat keputusan seri 1-1.
Meskipun terikat dengan agregat 3-3 tetapi Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Kedah pernah beraksi di final Piala FA pada tahun 1996, 2007 dan 2008 dengan meraih gelaran sebagai juara, namun pada tahun 2010 mereka dihampakan Negeri Sembilan yang pada masa itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan.
Nasib ternyata tidak menyebelahi anak-anak buah pengendali yang berasal dari Johor itu berdasarkan perkiraan gol ditempat lawan menerusi agregat 3-3.