Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

----------------ASSALAMUALAIKUM SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA-----------------

Featured Posts

Sunday, May 13, 2012

Harimau Muda A Tewas Tipis


Harimau Muda memulakan kempen Liga Super dengan corak permainan meyakinkan walaupun kalah tipis 0-1 kepada barisan bintang, Negeri Sembilan.

Barisan Pertahanan Harimau Muda yang di kemudi oleh pemain dari Skuad Piala AFF Suzuki, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Mohd Faizal ternyata terlalu kebal bagi Hairuddin Omar, Fakhri Shaarani dan S. Kunanlan.

Hanya 3 minit sebelum perlawanan tamat Shaffiq Rahman berjaya mengecewakan Mohd Izham Tarmizi, penjaga gol H.Muda A melalui tandukan hasil tendangan percuma Aidil Zakuan.

Jika bukan kerana kecekapan penjaga gol Farizal Marlias, Harimau Muda sudah tentu mendahului pada minit ke-43 melalui Mohd Irfan yang membuat tendangan lambung, walaupun kelihatan Farizal agak terkeluar dari posisi, beliau masih mampu menguis bola keluar dengan hujung jarinya.
Kelincahan wan Zack Haikal terpaksa dihentikan melalui kekerasan
Banyak kekerasan berlaku dalam perlawanan semalam

Wan Jamak hampir buntu mencari jalan menembusi pertahanan Harimau Muda A

Wan Zack Haikal menerima padah lagi
Hairuddin Omar kini antara tonggak utama Negeri Sembilan
Gol Negeri Sembilan berpunca dari tendangan percuma Aidil
Penyerang muda negara, patut menyalahkan pengalaman ceteknya apabila gagal menyudahkan sekurang-kurangnya tiga peluang terhidang. Situasi hanya berhadapan dengan penjaga gol pada minit ke-67 dan 74 gagal menewaskan Farizal.

Harimau Muda B v MP Muar (2-2)


Skuad bawah 19 tahun kebangsaan (Harimau Muda bangkit pada separuh masa kedua setelah ketinggalan 0-2 pada separuh masa kedua. Bermain dalam hujan lebat pada separuh masa pertama mencacatkan kelancaran permainan. MP Muar yang diketuai oleh bekas Pemain N. Sembilan Ching Hong Aik memanfaatkan dua peluang kelam kabut dihadapan pintu gol Harimau Muda B untuk menuju ke bilik persalinan dengan 2-0.
Hujan yang reda pada separuh masa kedua dimanfaatkan oleh Harimau Muda untuk mencorakkan kembali rentak permainan. Hasilnya pada minit ke-38 dan 60, D.Saarvindran berjaya merobek gol MP Muar, kedua-duanya berpunca daripada umpanan Muhammad Akram Mahinan.
D. Saarvindran merayakan gol pertamanya

Gary Stevens selamatkan Harimau Muda A


Menguasai perlawanan melalui pelbagai gerakan yang menarik namun penyudah yang tumpul hampir memberi padah kepada skuad Harimau Muda A. Perlis membuka jaringan pada minit ke-74 melalui Mohd Faiz Subri yang merembat deras menewaskan Mohd Zamir Selamat di sebelah kiri gawang Harimau Muda. Asakan bertali arus akhirnya menemui penyudah apabila Gary Stevan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-90.
Gol Penyamaan oleh Gary Stevan
Harimaumuda.com memilih Gary Stevan sebagai 'Man of The Match'
Ucapan tahniah dari Thamil Arasu (9) rakan seperjuangan- dulu, kini dan selamanya
Pada perlawanan semalam pemain-pemain Harimau Muda menerima layanan yang cukup keras. Pelbagai aksi kekasaran dapat dilihat pada setiap minit permainan. Hasilnya pemain Perlis berjaya membawa pulang 2 kad merah dan 4 kad kuning.Walaupun kemenangan akan memisahkan Harimau Muda A dengan Kelantan hanya 1 mata, namun Ketua Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee lebih menumpukan misi kelayakan Olimpik menentang Pakistan nanti. Beliau mahu pemain seboleh mungkin mengelakkan pertembungan yang berisiko kepada kecederaan. Beberapa pemain utama juga direhatkan seperti Irfan Fazail, begitu juga dengan Wan Zack Haikal yang dikeluarkan lebih awal.
Harimau Muda B pula meneruskan kempen Liga Perdana dengan kemenangan apabila menewaskan KL Pos 2-1, walaupun memulakan perlawanan dengan cukup hambar pada separuh masa pertama. Mereka bangkit apabila terdesak setelah ketinggalan 0-1. Sikap tiada 'urgency' yang pernah menjadi barah kepada Harimau Muda A suatu ketika dahulu. Namun skuad kendalian Ismail Ibrahim ini mampu pula bangkit menguasai permainan pada separuh masa kedua hingga berjaya menjaringkan gol melalui D.Saarvindran pada minit ke-83 dan gol kemenangan oleh Farizzuan Azhar pada minit ke-88.
D.Saarvindran - watak penggempur utama Harimau Muda B

Status Safee Sali – PSSI Mahu Hantar Bantahan Kepada FIFA

 
 Djohar merasakan FIFA tidak adil dalam membuat keputusan setelah negara berkenaan disiasat akibat timbul keraguan mengenai kekalahan besar Indonesia kepada Bahrain sebelum ini.

Ketua umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) Djohar Arifin Husein mengatakan, dalam waktu terdekat ini akan mengajukan protes terhadap FIFA mengenai status Safee Sali yang masih diturunkan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Filipina.

Menurut Djohar, Safee Sali bermain bersama kelab Pelita Jaya yang masih kekal beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) yang sebelum ini diharamkan oleh PSSI atas arahan FIFA.

“Kami hairan kenapa ada perbezaan antara kami dan Malaysia. Saya sudah minta setiausaha kami (Tri Goestoro) untuk melaporkan hal ini kepada FIFA. Mungkin FIFA tidak ingat satu per satu nama pemain yang beraksi di ISL. Kami akan sampaikan ini kepada FIFA,” jelas Djohar.

Selain itu, Djohar juga menegaskan, PSSI tidak pernah melarang pemain ISL beraksi bersama pasukan nasional negara sendiri. Djohar menyatakan, larangan tersebut dikeluarkan oleh FIFA melalui surat yang dikirim kepada PSSI pada akhir tahun lalu.

“Kami tidak pernah melarang pemain beraksi bersama pasukan nasional. FIFA lah yang melarang melalui surat mereka pada 21 Desember lalu,” kata Djohar.

Sebelum ini, setiausaha konfederasi sepakbola Asia (AFC) Alex Soosay menyatakan, Safee masih boleh bermain untuk Malaysia, selewat-lewatnya 22 March 2012. Tarikh tersebut juga merupakan tarikh akhir untuk PSSI menyelesaikan masalah dalaman mereka seperti yang diminta AFC dan FIFA sebelum ini.

Tuesday, May 8, 2012

Kelantan, Sime Darby Ke Final

Ghaddar cuba menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Kedah semalam


KELANTAN dan Sime Darby FC melangkah ke final Piala FA 2012.

Sime Darby mara dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Selayang.

Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

Kelantan pula melangkah bergaya selepas mencatat keputusan 2-2 dengan Kedah pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi sekali gus mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pada aksi pertama minggu lalu, kedua-dua pasukan turut mencatat keputusan seri 1-1.

Meskipun terikat dengan agregat 3-3 tetapi Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kedah pernah beraksi di final Piala FA pada tahun 1996, 2007 dan 2008 dengan meraih gelaran sebagai juara, namun pada tahun 2010 mereka dihampakan Negeri Sembilan yang pada masa itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan.

Nasib ternyata tidak menyebelahi anak-anak buah pengendali yang berasal dari Johor itu berdasarkan perkiraan gol ditempat lawan menerusi agregat 3-3.




Ghaddar Mula Tunjuk Taring

                         Muhammad Ghaddar

SELEPAS berjaya menjaringkan hatrik minggu lalu dengan membenam Arema FC, 3-0, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, penyerang Kelantan, Muhammad Ghaddar, menjaringkan dua gol bagi membantu Red Warriors menewaskan pasukan sama, 3-1, dalam pertemuan ulangan peringkat kumpulan H kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Stadium Gajayana.

Dalam perlawanan ulangan itu, Kelantan menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan penalti pada minit ke-16 yang disempurnakan Ghaddar. Bagaimanapun, Arema FC berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Roman Camelo pada minit ke-35 perlawanan dan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Ghaddar membuktikan kehebatannya mengendalikan jentera serangan Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-60 sebelum pemain pertahanan, Mohd Zamri Ramli meledak gol ketiga Kijang pada minit akhir permainan.



Tanpa dibarisi empat tonggak utama iaitu Mohd Badhri Radzi, Mohd Daudsu Jamaluddin, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad, rombakan besar yang dilakukan ketua jurulatih Red Warriors, Bojan Hodak ternyata memperlihatkan hasil yang sangat positif serta membuka peluang Red Warriors untuk melangkah ke pusingan kedua Piala AFC dengan mengumpul tujuh mata daripada empat perlawanan.

Perlawanan seterusnya, Kelantan akan bertandang ke Vietnam untuk menentang Navibank Saigon pada 24 April depan.

Wednesday, April 25, 2012

Harimau Muda Catat Kemenangan Ke-2 di S-League

         Skuad Harimau Muda yang beraksi di liga Singapura






Harimau Muda mengutip tiga mata penuh lagi pada perlawanan Liga Singapura menentang Tanjong Pagar FC dengan keputusan 3-0.

Perlawanan pertama Harimau Muda di kandang mereka Stadium Yishun bermula dengan baik buat mereka apabila mereka berjaya mengawal hampir keseluruhan masa pertama perlawanan.

Pada 10 minit pertama, Wan Zack mempamerkan aksi menarik dan memberi tekanan kepada pertahanan Tanjong Pagar FC.

20 minit pertama perlawanan kelihatan permainan banyak dikuasai di bahagian gol Tanjong Pagar FC dengan beberapa sepakan percuma diterima Harimau Muda.

Dua kad kuning dilayangkan pada separuh pertama iaitu kepada pemain Tanjong Pagar, Syed Karim yang mengasari Azizan Nordin pada mini ke-9 dan juga Gary Robbat, pemain Harimau Muda pada minit ke-24.

Harimau Muda berjaya mendahului perlawanan melalui jaringan Syahrul Azwari pada minit ke-15 perlawanan. Dua minit selepas itu, percubaan Izham Tarmizi telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Tanjong Pagar FC.

Pada minit ke-40 Wan Zack sekali lagi merembat bola ke gawang gol tetapi tidak berjaya apabila rembatannya tersasar ke atas gawang gol.

Seminit sebelum separuh masa pertama tamat, Gary Robbat menjaringkan gol kedua Harimau Muda melalui hantaran Fandi Othman dan memberikan keputusan 2-0 kepada Harimau Muda pada separuh masa pertama.